CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

layan lgu ni..tp law xsuke ley stop

pokb n mokyang

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Monday, January 24, 2011

cinta..luv..amor..


CINTA..
pertama kali kau ku kenali..
kau bagiku terlalu istimewa..
tutur katamu cukup puitis..
tingkah laku mu yang agak manja..
senyum tawamu yang amat mengoda..
semua itu mengusik naluri wanitaku..
membuatkan aku hanyut dalam perasaan..
membiarkan aq lemas dengan anganku..
kau hamparkan kasih seluas lautan untukku..
kau sisipkan segunung kerinduan dalam jiwaku..
kau kalungkan aku dengan sebening hangatnya asmara cintamu..
hingga tanpa sedar aku terlena dengan dunia ciptaan indah kau..
dan kini aku sebahagian dari duniamu..
aku selalu membayangkan kau ukirkan pelangi yang indah untukku..
kau sajikan aku dengan asmara sehangat mentari..
kadangkala aku leka bila sang mentari muncul di waktu pagi..
aku alpa dengan cintamu hingga aku lemas dalam kabus rindu..
kadangkala aku takut bila senja menjelma..
aku takut bila sang mentari yang menyinariku mula beransur pulang..
awan yang melindungiku mula berarak pergi..
kadangkala aku cemburu dengan sang malam..
ditemani bulan yang menerangi seluruh kehidupan..
dilingkari kerdipan bintang yang sentiasa bersinar mengindahkannya..
ku cuba buka jendela hatiku..
ku susuri laluan isi hatiku..
ku pelupuri segenap ruang kamar hatiku..
jauh didasar hatiku terukir satu nama
" __________ "
nama yang pasti dan nyata tersemat kukuh dalam sanubariku hingga akhir hayat..
walau kau bukan milikku..
namun kenangan antara kita tetap kukuh terpahat dalam lipatan memori indahku..
moga ia menjadi kenangan remajaku yang terindah pernah menjengah kamar hidupku..
namun doaku moga kasih kita kan kekal bertaut hingga akhir hayat..
kerana payung cintaku adalah milikmu..
denganmu disisi tak mungkin aku dibasahi gerimis hujan duka..
mungkin hati kecilku serapuh dahan yang telah kering..
namun kekuatan pohon cintamu mungkin mampu menahan dahanku unuk bertaut padamu..

No comments: