Monday, January 24, 2011
aku pasrah..
KASIH..
mungkin bila tiba 1 saat nanti kau pasti mengerti mengapa aq tegar untuk berpaling dan melangkah pergi dari sisimu..
mugkin bila tiba saat itu, hatimu sudah sekeras kerikil...
sudah tidak mampu dilentur lagi..
namun aq tetap bersyukur kerana bila tiba saat itu aku masih punya kesempatan untuk merungkai kekusutan yang lalu..
masih punya ruang untuk menuntut sisa-sisa kasih yang tercalar..
masih punya kesempatan untuk aku memohon kemaafan yang tak mungkin terampun..
biarpun aku sedar tak mungkin hati yang tersayat pilu akan terhakis pilunya..
walaupun luka yang terbina itu tak berdarah..
walau parutnya tak berbekas..
namun bisanya tetap ada..
masih lagi menular dalam jiwa..
menanti waktu dan detik untuk diluahkan..
KASIH..
andai kau tahu aq jua terluka..aku jua terseksa..
SAYANG..
jika kau sedar pengorbananku ini..dapatkah kau mengerti..
CINTA..
tahukah kau hati ini sarat dengan kerinduan..
menghitung detik berteman jasad yang tak bernyawa..
CINTA..
aku mengerti jika yang ku hulur kau lepaskan..
kemaafan yang ku pinta kau pandang sepi..
kata cinta yang ku titipkan ibarat angin yang berlalu pergi..
tika itu aku sedar aku sudah tiada lagi dalam ruang hatimu..
aku sedar walau sejuta kemaafan yang ku hulur tak mungkin bisa mambasuh luka-luka yang kucipta semalam..
walau selautan kasih ku hamparkan tak mungkin dapat mengubah hatimu yang kini dirantai dengan igauan semalam..
biarpun aku cuba taburkan cinta yang makin dalam mana bisa aku mencantum serpihan hati yang sudah berkecai..
KASIH..
maafkan aku sekali lagi..
ketahuilah bahawa aku tak pernah cuba berniat melukai perasaanmu..
tak pernah tegar untuk menoreh hatimu..
tanpa sedar aku telah mencarik hatimu dan mencipta buih-buih racun dalam jiwamu..
hingga kau tegar mancipta jurang antara kita..
akhirnya..
aku sedar aku harus mengalah..
berpaling dan sekali lagi melangkah pergi dari sisimu dalam keterpaksaan..
mungkin perginya langkahku kali ini tak mungkin berpatah kembali..
langkah yang ku usung terlalu hambar bagaikan patah keduan sayapku..
bagaikan lumpuh kedua kakiku..
bagaikan retak seluruh tulangku..
sampai disini akhirnya cinta yang cuba kupertahankan..
aq pasrah..
moga kau bertemu cinta yang baru..
cinta sejati yang kau impikan..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment